KUALA LUMPUR, 22 Februari- Skuad negara merangkul pingat perak dalam acara pecut berpasukan lelaki dan wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2024, yang berlangsung di New Delhi, pada Rabu.
Trio lelaki, Muhammad Ridhwan Shahrom, Muhammad Fadhil Zonis dan Umar Hasbullah berjaya memperbaiki kedudukan ke tempat kedua dengan catatan 44.607 saat.
Skuad negara tewas kepada juara bertahan, Jepun yang dibarisi oleh Yuta Obara, Kento Yamasaki dan Minato Nakaishi yang mempertahankan gelaran Asia dengan catatan 44.367s pada final.
Wakil China pula memperoleh pingat gangsa selepas menewaskan pasukan tuan rumah pada penentuan tempat ketiga.
Sementara itu, pasukan wanita mencatatkan 50.095 saat pada aksi akhir, di belakang trio Zhou Fei, Tong Menggi, Wang Lijuan (48.178s), manakala Korea Selatan membawa pulang gangsa.
Sementara itu, atlet berbasikal para juga beraksi cemerlang untuk meraih emas acara pecut berpasukan campuran C1-5.