fb fb fb fb fb

Kemenangan bersejarah Speedy Tigers suntik semangat skuad hoki negara terus lakar kejayaan

(FOTO FB ISMAIL SABRI YAAKOB)

KUALA LUMPUR, 11 November - Kejayaan pasukan hoki kebangsaan yang memenangi Piala Sultan Azlan Shah 2022 akan memberi suntikan semangat buat skuad hoki negara dalam menghadapi Piala Dunia pada tahun hadapan.

Keyakinan tersebut disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menerusi hantaran Facebook rasmi, beliau berharap kemenangan bersejarah skuad Speedy Tigers itu dapat membakar semangat para pemain bagi terus melakar kejayaan kepada negara dan seluruh Keluarga Malaysia.


(Skuad hoki kebangsaan melakar sejarah menjulang Piala Sultan Azlan Shah 2022 buat kali pertama
apabila menewaskan penyandang juara Korea Selatan 3-2 dalam aksi akhir)

"Tahniah, Speedy Tigers! Lakaran sejarah baharu buat skuad hoki negara. Kemenangan ke atas Korea Selatan menamatkan penantian 39 tahun negara untuk menjulang Piala Sultan Azlan Shah," kata beliau dalam hantaran tersebut, hari ini.

Semalam skuad hoki kebangsaan melakar sejarah menjulang Piala Sultan Azlan Shah 2022 buat kali pertama, apabila menewaskan penyandang juara Korea Selatan 3-2 dalam aksi akhir di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.

Kemenangan itu menamatkan penantian 39 tahun Speedy Tigers untuk bergelar juara selepas kali terakhir layak ke peringkat akhir pada 2014, namun tumpas kepada Australia 8-3.

Media Baharu