fb fb fb fb fb

Kembangkan fungsi institusi masjid menerusi sukan, riadah

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Bersempena Hari Sukan Negara 2025, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menganjurkan Sukan Zon 6 J bertujuan bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat selain mengeratkan hubungan ahli kariah.

Pengarah JAWI, Hanifuddin Roslan berkata aktiviti tersebut adalah platform terbaik bagi mengembangkan fungsi institusi masjid bukan hanya sebagai tempat ibadah, tetapi turut menjadi lokasi untuk penganjuran aktiviti sihat dan bermanfaat untuk komuniti.

"Aktiviti sukan yang penting ia melibatkan pergerakan-pergerakan yang akan dapat membolehkan kita menjaga kesihatan dan meneruskan aktiviti sihat yang seterusnya secara tak langsung juga akan dapat memastikan membantu negara dalam konteks mampu melahirkan masyarakat yang sihat secara tak langsung juga meringankan tanggungjawab negara dalam konteks kos-kos rawatan.

"Kita sangat galakkan di masjid-masjid supaya mengadakan aktiviti sukan untuk untuk mempelbagaikan lagi aktiviti masjid dan pada masa sama kita nak mengeratkan hubungan sesama ahli kariah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kejohanan Sukan Zon 6 JAWI bersempena Hari Sukan Negara 2025 di ibu negara.

Hanifuddin memaklumkan kejohanan sukan itu mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan seramai 500 peserta terdiri daripada ahli kariah masjid-masjid di bawah Zon 6 JAWI.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN