MATURIN, 15 November-Brazil memilih jalan sukar selepas seri 1-1 menentang Venezuela pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Amerika Selatan pada Khamis.
Pada perlawanan berkenaan, Brazil terlebih dahulu berada di depan menerusi sepakan percuma yang diambil oleh pemain sayap, Rapinha pada minit ke-43.
Gol berkenaan merupakan gol pertama daripada sepakan percuma sejak kali terakhir dilakukan oleh pemain legenda, Roberto Carlos pada pertemuan kelayakan Piala Dunia 2005 menentang Venezuela.
Pemain gantian Venezuela, Telasco Segovia memusnahkan hasrat Brazil bagi meraih tiga mata penuh selepas merembat masuk bagi menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-89.
Brazil yang mendominasi perlawanan sejak sepak mula seharusnya menyalahkan diri sendiri selepas gagal menyempurnakan peluang apabila diberikan sepakan penalti pada minit ke-62.
Penjaga gol Venezuela, Rafael Romo menjadi wira pasukan selepas berjaya menyelamatkan sepakan yang diambil oleh Vincius.
Kedudukan seri 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.
Juara lima kali Piala Dunia, Brazil kini menduduki tangga ketiga kumpulan dengan meraih 17 mata, ketinggalan lima mata daripada pendahulu, Argentina.
Manakala Venezuela di tangga ketujuh dengan 12 mata.
Hanya enam pasukan teratas Zon Amerika Selatan yang akan layak bermain di pusingan akhir Piala Dunia 2026 yang dijadualkan di AS, Mexico dan Kanada.-REUTERS