fb fb fb fb fb

Kelayakan Piala Dunia 2026: England kutip mata penuh daripada empat perlawanan

Declan Rice meraikan jaringan England ketika bertemu Andorra / AFP

ENGLAND, 7 September - Pemain pasukan England, Declan Rice menjaringkan satu gol ketika England menewaskan Andorra, 2-0 pada Sabtu.

Keputusan itu menjadikan empat kemenangan daripada empat perlawanan untuk pasukan Thomas Tuchel dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2026.

England mempunyai penguasaan bola sebanyak 83 peratus di Villa Park, tetapi jarang mengancam penjaga gol Andorra.

Jaringan sendiri pemain Christian García meletakkan tuan rumah di hadapan selepas 25 minit masa permainan.

Rice menambah gol kedua pada pertengahan separuh masa kedua untuk memastikan tiga mata; menentang pasukan yang menduduki ranking ke-174 dunia.

England bakal berdepan tugasan paling sukar dalam Kumpulan K apabila bertemu Serbia yang dijadulakan berlangsung pada Selasa, 9 September 2025. AFP

WAN KAMARUL BIN WAN HUSSAIN