fb fb fb fb fb

Kelayakan Piala Dunia 2026: Ireland kembali hidupkan peluang

FOTO REUTERS

DUBLIN, 14 November - Ireland kembali menghidupkan peluang untuk layak ke Piala Dunia 2026 selepas mengejutkan Portugal 2-0.

Pada perlawanan yang berlangsung di laman sendiri, Ireland berjaya menafikan slot automatik yang dimiliki Portugal untuk layak ke Piala Dunia tahun depan.

Lebih mengecewakan lagi apabila ketua pasukan, Cristiano Ronaldo dilayangkan kad merah selepas menyiku pertahanan tuan rumah pada separuh masa kedua.

Dua jaringan penyerang AZ Alkmaar,Troy Parott pada minit ke-7 dan 45 separuh masa pertama sudah cukup buat pasukan Ireland kembali bernafas dalam kumpulan F.

Ireland kini perlu menang di Budapest pada Ahad untuk merebut tempat ke playoff Mac depan selepas Hungary, di tangga kedua, menewaskan Armenia 1-0.

Portugal pula hanya memerlukan keputusan seri di laman sendiri menentang Armenia, pasukan untuk mengesahkan kelayakan automatik.

Namun mereka perlu melakukannya tanpa kelibat Ronaldo yang diarahkan keluar padang akibat layangan kad kuning kerana menyiku belakang pertahanan Ireland, Dara O’Shea.

Semakan semula VAR menyebabkan kad kuning berkenaan bertukar menjadi merah. Ia sekali gus kad merah pertama Ronaldo dalam 226 penampilan bersama Portugal.

Persaingan ke pusingan Play-Off bagi Kumpulan F semakin terbuka dengan Hungary memperoleh 8 mata diikuti Ireland 7 mata.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD