fb fb fb fb fb

Kelayakan AFC : Operasi Stesen Bukit Jalil dilanjutkan

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) selaku pengendali perkhidmatan rel Rapid KL akan melanjutkan waktu operasi Stesen Bukit Jalil pada malam 10 Jun 2025 sehingga pukul 12.30 tengah malam (Rabu, 11 Jun 2025) bersempena Perlawanan Kelayakan Piala Asia (AFC) yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bagi melancarkan perjalanan penyokong, waktu operasi stesen-stesen integrasi juga akan turut dilanjutkan.

Stesen-stesen Lain akan ditutup seperti biasa, namun penumpang masih boleh keluar di semua stesen untuk meneruskan perjalanan pulang mereka.

"Para penyokong disaran untuk menggunakan kad Touch ‘n Go bagi menikmati perjalanan yang lebih lancar dan mengelakkan kesesakan ketika masuk dan keluar stesen.

"Bagi yang menggunakan token, disarankan agar membeli token pergi dan balik lebih awal, sebelum meninggalkan stesen," demikian menurut Rapid KL menerusi satu kenyataan di Facebook.

Kenyataan itu menyebut, Rapid Rail akan menempatkan kakitangan tambahan di lokasi-lokasi strategik bagi membantu pergerakan penyokong dan memastikan aliran trafik di dalam stesen berjalan lancar.

Penyokong yang memerlukan bantuan digalakkan untuk mendapatkan pertolongan daripada petugas stesen. Penyokong juga disarankan untuk mengikuti media sosial Rapid KL dan memuat turun aplikasi PULSE Rapid KL bagi merancang perjalanan mereka dengan lebih mudah.



MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI