fb fb fb fb fb

Kalendar perlumbaan F1 musim 2026 alami perbezaan

Foto AFP

HONG KONG, 10 Jun - Kejohanan Dunia F1 tahun depan membuka lembaran baharu yang penting dalam sukan permotoran.

Presiden Badan induk F1, FIA, Mohammed Ben Sulayem berkata musim 2026 menjanjikan penampilan yang berbeza dengan Cadillac menjadi pasukan ke-11 di litar dan melaksanakan peraturan baharu mengenai aerodinamik dan unit kuasa.

"Perlumbaan baharu, pasukan baharu dan ketibaan pengeluar baharu, semuanya membawa kepada era baharu inovasi dan persaingan." katanya.

Sementara itu, Sepanyol akan menjadi tuan rumah dua grand prix (GP) F1 untuk musim 2026 dengan perlumbaan baharu di Madrid menyertai Barcelona.

Perlumbaan di Litar Madrid dijadual berlangsung pada 11-13 September, manaka pusingan perlumbaan di Barcelona pula akan diadakan lebih awal iaitu pada 12-14 Jun.

Litar Madrid yang menjadi mercu tanda baharu Grand Prix Sepanyol itu memiliki jarak sejauh 5.47 kilometer. -AFP

MOHAMED ZAMZURI MOHAMED ZAWAWI