KOTA BHARU, 13 Ogos- Hasrat Kelantan The Real Warriors (TRW) mengutip mata penuh di laman sendiri tidak kesampaian apabila diikat 1-1 dengan Imigresen FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.
Gol pembukaan pelawat hadir pada minit ke-45 menerusi sepakan penalti Eduardo Sosa setelah terjahan keras M Rakesh dalam kotak penalti.
Sosa mudah menewaskan penjaga gol TRW, Damyan Damyanov untuk meletakkan pelawat di depan.
Kedua-dua pasukan terus berusaha mencari gol pada babak kedua.
Bagaimapun, Imigresen terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas seorang pemainnya dilayangkan kad merah kerana menghalang bola masuk ke gawang menggunakan tangan.
TRW dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-79 dan penyerang import Ifedayo Olusegun tenang menyempurnakan sepakan itu untuk menyamakan kedudukan 1-1.
Keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan, menyaksikan TRW dan imigresen FC terpaksa akur berkongsi satu mata di hadapan 1,015 orang penyokong.