fb fb fb fb fb

Kekalahan beregu negara jadi pencetus semangat lakar kejayaan di Sukan Komanwel Birmingham - Rexy

(Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik antara wakil negara yang tewas di peringkat separuh akhir
Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia/Foto BERNAMA) 

KUALA LUMPUR, 10 Julai - Kekalahan skuad badminton negara diharapkan menjadi pengajaran dan pembakar semangat untuk melakarkan kejayaan pada Sukan Komanwel Birmingham hujung bulan ini.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky menegaskan masih banyak perkara yang perlu dilakukan pemain beregu negara selepas sekadar mara ke pentas separuh akhir Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia.

Beliau menyatakan walaupun mereka sedang dalam kekecewaan ketika ini, namun pemainnya masih memiliki motivasi yang baik untuk beraksi pada temasya yang akan datang.

"Nampak mereka kecewa masih ada, mereka tak boleh ke peringkat akhir dan peluang itu saya rasa ada, setakat ini mereka mempunyai motivasi atau semangat untuk memberikan pingat emas di Sukan Komanwel, itu masih sangat tinggi," katanya dalam sidang media secara dalam talian di sini hari ini.


(Pengarah Kejurulatihan BAM, Rexy Mainaky bercakap ketika sidang media secara dalam talian) 

Dalam pada itu, Rexy turut memaklumkan beberapa perubahan latihan juga akan dilakukan bagi memperkemaskan lagi aksi beregu negara.

Selain itu keputusan untuk menukar pasangan regu mereka juga masih belum dimuktamadkan.

Ketika disoal berkenaan perkembangan jurulatih baharu, beliau menyatakan keputusan itu juga masih dalam pertimbangan pihaknya.

Media Baharu