fb fb fb fb fb

Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022: Mohd Al Jufferi rangkul pingat emas

MELAKA, 1 Ogos - Jaguh silat negara, Mohd Al Jufferi Jamari sekali lagi mengharumkan nama negara apabila merangkul pingat emas pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 malam tadi sekali gus melengkapkan koleksi kejuaraan dunia keempatnya.

Dalam perlawanan akhir, jaguh silat negara itu berjaya 'membenam' pencabarnya Iqbal Chandra Pratama dari Indonesia.

Membawa cabaran dalam Kelas F Putera, Mohd Al Jufferi berjaya mengutip mata kemenangan 35-21 ke atas pesilat dari Indonesia itu.


(Jaguh silat negara, Mohd Al Jufferi Jamari)

Beliau berkata, kejayaan ini merupakan pencapaian terakhir beliau sebagai jaguh silat negara setelah 15 berkecimpung dalam sukan ini. Katanya, walaupun berdepan dengan kecederaan bahu kanan yang dialami ketika berdepan lawannya, namun kejayaan berkenaan mengubat kesakitannya.

"Penonton memang hendak betul saya menang malam ini, jadi saya perlu fokus dalam gelanggang itu, tapi ikutkan tadi memang ada isu semasa saya buat pihak lawan jatuh, saya terlebih menggunakan kekuatan tangan kanan saya ini dan ada sedikit la terkeluar tulang bahu saya cedera alhamdulillah semua Allah bantu dengan baik masuk dengan sendirinya saya rasa itu memang bukan saya yang masukkan semual, memang Allah yang bantu bahu yang cedera ini memang tercabut tapi saya nak bagi tahu sedikit rahsia daripada awal hingga ke hari pusingan akhir ini, dah menang Allah sahaja tahu kesakitan saya macam mana saya menahan semua bebanan kesakitan ini di dalam diri saya dan saya akhirnya dapat lepaskan di pusingan akhir  alhamdulillah," katanya.

Pada aksi akhir yang turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan sorakan lebih seribu 200 penyokong itu jelas membakar semangat jaguh seni bela diri negara itu.

Al Jufferi berkata, beliau akan memberi tumpuan terhadap Akademi Semboyan Warrior di Saujana Putra, Selangor bagi melatih lebih ramai pelapis dalam sukan ini pada masa akan datang.

Media Baharu