fb fb fb fb fb

Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 kembali gegarkan litar sementara

(FOTO FB MALAYSIA CUB PRIX)

KUALA LUMPUR, 19 Jun - Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 bakal menyaksikan kembalinya persaingan di litar sementara selepas lebih dua tahun tidak dapat diadakan akibat pandemik COVID-19.

Dua pusingan diputuskan promoter, Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) untuk diadakan di Dataran Seri Jempol dari 16 hingga 17 Julai ini bagi saingan Pusingan kelima manakala Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pula bakal menjadi tuan rumah Pusingan 10 dari 3 hingga 4 Disember.

Venue ini pastinya mengembalikan keunikan tersendiri kejuaraan sekali gus mendekatkan peminat kepada arena sukan permotoran dua roda selain perlumbaan yang berlangsung di litar tetap.

(Kejuaraan Cub Prix Malaysia 2022 bakal menyaksikan kembalinya persaingan di litar sementara
selepas lebih dua tahun tidak diadakan akibat pandemik COVID-19 / FOTO FB MALAYSIA CUB PRIX)

"Keunikkan Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia lahir daripada aksi perlumbaan di litar sementara seperti yang menjadi tradisi perlumbaan Cub Prix," kata Pengarah Promosi SAM, Ron Hogg.

Ron dalam pada itu berkata, penggunaan litar tetap seperti di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Tangkak, Johor tetap akan menjadi keutamaan bagi menaikkan lagi taraf sukan permotoran dua roda negara.

Kalendar musim 2022 yang membuka tirainya di Litar SIC pada Mac lalu merangkumi 10 pusingan dengan perlumbaan terdekat adalah di Litar Permotoran Terengganu dari 24 hingga 25 Jun ini untuk saingan Pusingan 4.

Media Baharu