fb fb fb fb fb

Naomi Osaka tarik diri daripada kejohanan Wimbledon

ANKARA, 19 Jun- Naomi Osaka tidak akan menyertai Kejohanan Tenis Wimbledon kerana mengalami kecederaan, lapor Agensi Anadolu.

"Kaki saya masih sakit, jadi saya akan menyertai kejohanan itu pada masa akan datang," kata Osaka sambil menyatakan kekecewaannya menerusi akaun Twitter rasminya.

Osaka mengalami kecederaan di kaki kiri ketika tewas kepada Amanda Anisimova dalam pusingan pertama Terbuka Perancis di Roland Garros 2022 pada Mei.

Dia merekodkan kejayaan dalam Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka Australia, tetapi tidak pernah melepasi pusingan ketiga di Wimbledon setakat ini.

Osaka juga terpaksa menarik diri daripada kejohanan sama sebelum ini kerana mengalami tekanan mental. -BERNAMA

(Naomi Osaka kelihatan kecewa ketika meninggalkan gelanggang selepas ditewaskan dengan Yulia Putintseva semasa perlawanan pusingan pertama perseorangan wanita mereka pada hari pertama Kejohanan Wimbledon 2019/AFP)

 

Media Baharu