fb fb fb fb fb

Brandon Lai, juara Kejohanan Golf Amatur Terbuka Labuan

LABUAN, 19 Jun- Penganjuran Kejohanan Golf Amatur Terbuka Labuan kali ini meriah dengan 112 penyertaan dari kelab-kelab golf seluruh negara.

Kejohanan golf tertua di Labuan itu menutup tirainya hari ini, selepas menyaksikan Brandon Lai dari 'Shan Shui Golf and Country Club' merangkul kejuaraan.


(Brandon Lai dari 'Shan Shui Golf and Country Club' muncul juara
Kejohanan Golf Amatur Terbuka Labuan)

Naib juara milik Saffaruddin Abidin dari 'Sandakan Golf and Country Club' (SDGCC), manakala Idris Mohamad dari Kelab Golf Labuan (LGC) di tempat ketiga.

Bagi kategori wanita pula, Nurul Syahirah Afiqah Saparudin, juga mewakili SDGCC muncul juara diikuti Nabila Alifudin ditempat kedua dan Chew I Yun dari 'Sabah Golf and Country Club' ketiga.

Penyampaian hadiah dan piala bagi kejohanan tiga hari itu disempurnakan oleh Presiden LGC, Datuk Gapilin Nasaruddin, diiringi Kepten Golf LGC Encho Hamid.

Kejohanan tersebut menawarkan hadiah keseluruhan RM150,000 termasuk sebuah Toyota Vios untuk 'hole-in-one'.

Media Baharu