MADRID, 11 Jun- Sepanyol mengumumkan senarai 23 pemain bagi menghadapi Kejuaraan Bola Sepak Wanita Eropah 2025, dengan nama pemain tengah berpengaruh Jennifer Hermoso disahkan tidak tersenarai.
Ketua jurulatih, Montse Tomé berkata, keputusan menggugurkan Hermoso bukan sesuatu yang mudah, namun beliau telah membuat penilaian menyeluruh terhadap prestasi setiap pemain, termasuk Hermoso.
“Saya menilai semua pemain berdasarkan prestasi masing-masing, termasuk Jennifer. Pemilihan ini dibuat demi membentuk skuad yang mampu menjuarai kejohanan,” katanya.
Skuad La Roja dijadual beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Jepun pada 27 Jun sebelum berlepas ke Switzerland bagi menghadapi Euro, di mana mereka akan bersaing dalam Kumpulan A menentang Belgium, Itali dan Portugal.- REUTERS
Senarai penuh pemain:
Penjaga gol: Cata Coll, Esther Sullastres, Adriana Nanclares
Pertahanan: Olga Carmona, Laia Aleixandri, Maria Mendez, Irene Paredes, Ona Batlle, Leila Ouahabi, Jana Fernandez
Pemain tengah: Alexia Putellas, Aitana Bonmati, Patri Guijarro, Maite Zubieta, Vicky Lopez
Penyerang: Esther Gonzalez, Lucia Garcia, Mariona Caldentey, Athenea del Castillo, Alba Redondo, Cristina Martin-Prieto, Salma Paralluelo, Claudia Pina.