fb fb fb fb fb

Canelo, Crawford bakal bertembung di Las Vegas 13 September 2025

Pertembungan epik antara dua jaguh tinju dunia, Saul ‘Canelo’ Alvarez dan Terence Crawford dijadualkan berlangsung pada 13 September 2025

LAS VEGAS, 11 Jun- Pertembungan epik antara dua jaguh tinju dunia, Saul ‘Canelo’ Alvarez dan Terence Crawford bagi merebut gelaran juara super middleweight gabungan (WBA, WBC, IBF dan WBO) kini disahkan bakal berlangsung di Las Vegas pada 13 September depan.

Pertarungan itu bakal menyaksikan Alvarez mempertahankan statusnya selaku juara super middleweight selepas menyatukan kesemua tali pinggang utama di Riyadh bulan lalu.

Dalam pertarungan tersebut, Canelo menang menerusi keputusan sebulat suara sekali gus mengesahkan statusnya sebagai raja kelas super middleweight.

Manakala Crawford pula kali terakhir beraksi di gelanggang pada Ogos 2024 apabila beliau menewaskan petinju Uzbekistan, Israil Madrimov, juga menerusi keputusan sebulat suara.

Petinju Mexico itu kini memiliki rekod 63 kemenangan, dua kekalahan dan dua seri, dengan 39 daripadanya melalui KO. Sementara Crawford masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 41 pertarungan, termasuk 31 kemenangan KO.

Pertarungan itu turut mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi acara tinju pertama yang dianjurkan oleh Pengerusi Pihak Berkuasa Hiburan Am Arab Saudi, Turki Alalshikh bersama Ketua Pegawai Eksekutif UFC, Dana White.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE