fb fb fb fb fb

Kejohanan Sukan Kanu Antarabangsa terbesar Asia Tenggara akan berlangsung di Pahang

KUALA LUMPUR, 1 September- Kejohanan Sukan Kanu Antarabangsa terbesar Asia Tenggara akan berlangsung di Pahang pertama kali diadakan bermula 7 hingga 11 September menawarkan hadiah keseluruhan RM300,000.

Ini dikenali Pahang Ocean Paddle International Challenge POCIC 2022 berlangsung selama lima hari di setiap pantai popular terpilih di negeri itu sejauh keseluruhan hampir 240 kilometer.


(Ketua Pegawai Eksekutif Stagemaker, Emir Abdul Jalal ketika ditemui media pada sidang media khas di sini)

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif Stagemaker, Emir Abdul Jalal mengesahkan pendayung profesional serta juara dunia dari New Zealand ,Australia ,Afrika Selatan dan lain-lain lagi sertai dengan lebih 200 penyertaan setakat ini dari dalam dan luar negeri.

"Tapi kita mampu menarik minat tiga bekas juara dunia satu adalah Daniel Mackenizie daripada New Zealand seorang wanita juara dunia 2019 iron woman selama empat tahun banyak event dia masuk dia kan hadir kemudian lelaki ada bekas under 23 Australia Champion Mankenzie Hainen lagenda 2014 dan 2015 David Mockay," katanya di sini.

Tambahnya lagi objektif utama penganjuran kanu antarabangsa ini diadakan adalah mempromosikan sukan kanu serta produk pelancongan bagi negeri Pahang.

Seterusnya mewujudkan gaya hidup baharu bersukan kanu dengan dijangka bakal melahirkan pelayar kanu profesional negara tiga atau empat tahun ke depan.

Selain itu akan disiarkan secara langsung menerusi youtube selama lima jam pada setiap acara berlangsung selama 25 jam termasuk highlights keseluruhannya.

Media Baharu