fb fb fb fb fb

Skuad renang Wilayah Persekutuan sasar lapan emas

KUALA LUMPUR, 1 September- Perkembangan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20.

Skuad renang lelaki Wilayah Persekutuan diletakkan sebagai sandaran utama dalam misi memburu sasaran lapan pingat emas.


(Jurulatih, Daniel Bego)

Jurulatih, Daniel Bego yakin, Khiew Hoe Yean yang meraih empat emas dan dua perak pada edisi lalu, akan terus menyinar pada temasya kali ini.

Jelas beliau, selain Hoe Yean, enam muka baharu diharap dapat mampu membantu mencapai misi tersebut.

"Saya rasa kali ini atlet baru adalah 80 peratus, mereka semua pun ada peluang untuk bagi kejutan. Persaingan sangat sengit, tapi saya rasa kita boleh ada harapan untuk buat sesuatu yang lebih bagus," katanya.

Sementara itu, seorang lagi jurulatih Shazali Salleh optimis skuad renang Wilayah Persekutuan mempunyai barisan mantap memburu kilauan pingat.

"Kita mempunyai perenang harapan seperti Steve Khiew, Sebastian Soon dan Jayden Tan antara muka baharu, Bryan Leong mereka adalah kita punya perenang harapan yang kita sasarkan untuk kategori perseorangan," katanya.

Acara renang akuatik menawarkan keseluruhan 36 pingat emas.

SUKMA ke-20 akan membuka tirai pada 17 September ini.

Media Baharu