fb fb fb fb fb

Kejohanan Siri Remaja FIFA 2025: Malaysia janji persembahan terbaik

Foto RTM

SEPANG,15 Mei- Skuad bola sepak bawah 16 tahun (B-16) negara tekad menampilkan persembahan dan keputusan terbaik pada Kejohanan Siri Remaja Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2025 yang akan berlangsung di Zurich Switzerland, bermula Ahad ini.

Jurulatihnya, Javier Jorda Ribera percaya anak buahnya mampu berbuat demikian.

Katanya, walaupun berdepan dua pasukan gergasi dalam peringkat kumpulan iatu Tunisia dan Paraguay, ia akan memberikan pendedahan terbaik buat skuad berkenaan di pentas antarabangsa.

"Paraguay dan Tunisia merupakan pasukan yang kuat namun ia bukan halangan untuk pasukan layak ke peringkat seterusnya menentang New Zealand atau Guatemala," katanya.

Sementara itu, Pengurus Pasukan, Datuk Dollah Salleh yakin pasukanny akan ke perlawanan akhir, setelah melihat prestasi latihan mereka.

"Ia satu cabaran kerana kita akan bermain dengan pasukan terbaik dunia namun dengan apa yang saya lihat dalam sesi latihan kita akan ke peringkat seterusnya" katanya.

Kejohanan Siri Remaja FIFA 2025 disertai enam pasukan B-16 mewakili setiap satu dari enam benua konfederasi FIFA yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

Kumpulan A dibarisi oleh Switzerland, New Zealand dan Guatemala manakala Kumpulan B menampilkan Malaysia, Tunisia dan Paraguay.

Bagi saingan Kumpulan B, Malaysia akan membuka kempen menentang Paraguay pada Ahad disusuli aksi kedua menentang Tunisia, keesokannya.

Pasukan yang menduduki tempat ketiga Kumpulan A dan B kemudiannya akan bertemu untuk perlawanan penentuan tempat kelima atau keenam pada Rabu.

Sementara pasukan tempat kedua Kumpulan A dan B akan bertemu untuk perlawanan bagi penentuan tempat ketiga dan keempat pada Khamis.

Perlawanan akhir pula menemukan pasukan tempat teratas Kumpulan A dan B pada hari yang sama bagi menentukan juara dan naib juara.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello