LONDON, 20 Jun-Pemain nombor dua Britain, Jacob Fearnley, melangkah ke suku akhir jelajah ATP pertamanya selepas menewaskan pemain kelayakan dari Perancis, Corentin Moutet, 6-3, 2-6, 6-2 dalam saingan Kejohanan Queen’s Club pada Khamis.
Fearnley memulakan perlawanan dengan cemerlang apabila mendahului 3-0.
Meskipun Moutet berjaya memecahkan servisnya, Fearnley segera bangkit dengan satu lagi break untuk menamatkan set pertama dengan selesa.
Dalam set kedua, giliran Moutet pula menguasai permainan apabila beliau mendahului 3-0 dan sekali lagi memecahkan servis Fearnley untuk memenangi set dan memaksa perlawanan ke set penentuan.
Namun, dalam set ketiga, Fearnley kembali mengawal permainan.
Beliau berjaya mematahkan servis Moutet sebanyak dua kali sebelum menutup aksi dengan kemenangan bergaya memenangi perlawanan tanpa kehilangan sebarang mata.
Pemain berusia 23 tahun itu akan bertemu pemain dari Republik Czech, Jiri Lehecka, di pusingan suku akhir.
Lehecka mara selepas menewaskan wakil Kanada, Gabriel Diallo, 6-4, 6-2.-REUTERS.