MIAMI, 10 Jun - Kejohanan Piala Dunia Kelab FIFA yang diberikan nafas baharu terus mendapat kritikan daripada peminat bola sepak seluruh dunia.
Ini termasuk Kesatuan Pemain Bola Sepak Professional Dunia (FIFPRO) yang menyuarakan kebimbangan terhadap beban kerja yang terpaksa ditanggung pemain sepanjang kejohanan berlangsung.
“Pemain akan dipaksa bermain di penghujung musim selama 11 bulan dengan sedikit peluang untuk berehat sebelum musim berikutnya bermula,” menurut satu kenyataan.
Tambah kenyataan tersebut, kehadiran penyokong dan peminat ke lokasi perlawanan juga turut diragukan terutama melibatkan kelab-kelab kurang ternama dari Afrika, Asia dan Amerika Utara.
Sementara itu, Presiden FIFA, Gianni Infantino kekal optimis dengan format baharu kejohanan yang menawarkan menawarkan hadiah keseluruhan mencecah AS$1 bilion.
“Kejohanan ini akan menjadi permulaan kepada sesuatu yang bersejarah dan akan mengubah sukan bola sepak menjadi lebih baik untuk generasi masa depan," katanya.
Kejohanan Piala Dunia Kelab FIFA bakal berlangsung di Amerika Syarikat dari 14 Jun hingga 13 Julai melibatkan 32 pasukan dari seluruh dunia.
Antara kelab yang dilihat bakal menberi saingan seperti PSG, Real Madrid dan Manchester City yang akan turut membawakan pemain-pemain bintang seperti Lionel Messi, Harry Kane dan Kylian Mbappe. - AFP