fb fb fb fb fb

Kejohanan Hoki Piala Asia 2022: Malaysia benam Oman 7-0

KUALA LUMPUR, 23 Mei - Skuad hoki negara kendalian A. Arul Selvaraj memulakan kempen dengan penuh bergaya selepas mudah membelasah Oman 7-0 hari ini.

Pakar flick negara, pemai pertahanan Muhammad Razie Abd Rahim menjadi watak penting dengan menyumbang tiga gol buat pasukan.

Aksi di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia menyaksikan Razie Abd Rahim cemerlang menyumbat dua gol menerusi pukulan sudut penalti dan satu penalti stroke.

Turut berada dalam senarai penjaring ialah Faizal Saari, Muhammad Shahril Saabah, Faiz Helmi Jali dan Mohamad Ashran Hamsani

Ketua jurulatih, Arul Selvaraj menyifatkan kemenangan itu sebagai permulaan yang baik selepas tiga tahun tanpa kejohanan kompetitif antarabangsa.


(Ketua jurulatih, A.Arul Selvaraj bersama pasukan hoki negara - Foto ihsan FB Malaysian Hockey Confederation)

"Semuanya kerana kerja berpasukan, saya gembira. Bagi saya yang paling penting untuk pasukan adalah suasana berpasukan yang cemerlang, sebulan kami tinggal di Eropah dan mereka semua gembira, malah mereka tidak mahu balik kerana mereka rindukan sesama mereka untuk berlatih berkumpulan, ia satu petanda baik untuk pasukan," katanya.

Skuad negara bakal bertemu Korea Selatan dalam aksi kedua Kumpulan B esok.

Saingan kumpulan B turut melibatkan pasukan Bangladesh dan Oman.

Media Baharu