fb fb fb fb fb

Kejohanan golf Maybank 2025 tawar ganjaran USD3 juta

Ruoning Yin, pemenang edisi 2024

KUALA LUMPUR, 15 Mei - Kejohanan Maybank kembali menghiasi Kalendar Persatuan Golf Profesional Wanita, LPGA dari 30 Oktober hingga 2 November di Kelab Golf & Desa Kuala Lumpur (KLGCC).  Aksi bertaraf dunia selama empat hari berlangsung di West Course menawarkan hadiah tertinggi dalam sejarah kejohanan sebanyak USD3 juta.

Memasuki edisi ketiga, kejohanan ini terus memperkukuh statusnya sebagai antara hentian utama dalam siri jelajah LPGA.

Antaranya, aksi dramatik Celine Boutier pada playoff sembilan lubang tahun 2023 hingga kemenangan bergaya Ruoning Yin pada 2024, kejohanan ini bukan sahaja menampilkan bintang antarabangsa, malah mengangkat bakat tempatan seperti Mirabel Ting dan Ashley Lau, bukti potensi besar pemain ASEAN.

Kelayakan ASEAN Maybank kembali berlangsung pada 12–13 Ogos di KLGCC, membuka peluang kepada bakat terbaik Asia Tenggara, profesional dan amatur untuk merebut lima slot ke Kejohanan Maybank 2025.

Saingan dijangka sengit dengan penyertaan elit yang menyasarkan pentas dunia. Edisi terdahulu telah mencungkil bakat luar biasa rantau ini, membuktikan kesediaan ASEAN untuk bersaing di peringkat global.

Tahun ini, kualiti pertandingan dijangka lebih tinggi, menjadikan kelayakan ini bukan sekadar pintu masuk ke LPGA, malah medan melahirkan juara masa depan.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI