fb fb fb fb fb

Kejohan Silat Dunia Julai depan bakal menjadi pentas terakhir Jufferi

SUNGKAI, 27 Mei- Kejohanan silat dunia 2022 yang bakal berlangsung di Melaka pada Julai ini akan menjadi aksi terakhir buat jaguh silat negara, Mohd Al Jufferi Jamari sebelum bersara.

Bagi bekas juara duni itu, aksi di Melaka harus dimanfaatkan dengan sebaiknya dan berhasrat menamatkan saingan dengan keputusan membanggakan.

Dalam kejohanan tersebut, Jufferi akan mengubah semula penyertaannya ke kelas E, 65 hingga 70 kilogram berbanding Kelas F, 70-75 kg sebelum ini.

"Saya akan bertukar kelas kerana baru-baru ini saya pun telah berjumpa dengan Presiden, Datuk Wira Megat dan dia telah meminta saya untuk kembali ke kelas E,

"Saya sudah berada dalam kelas E selama 14 tahun, dan saya rasakan kelas F terlalu berat untuk saya yang memerlu masa panjang untuk membina kekuatan dan kepantasan. Tapi saya akan cuba berikan yang terbaik," katanya.

(Mohd Al Jufferi Jamari ditemui selepas menghadiri kempen Selamatkan Harimau Malaya di Sungkai, Perak)

Sementara itu dia turut mengakui sudah pulih daripada kecederaan bahu kanan yang dialami ketika Sukan Sea Sea di Hanoi Vietnam, yang menyaksikan membawa pulang pingat gangsa.

Dalam pada itu, Jufferi turut memaklumkan hasrat untuk membuka Akademi silat sendiri apabila bersara nanti.

Media Baharu