fb fb fb fb fb

JDT II menang tipis ke atas Selangor FC II

JOHOR BAHRU, 28 Mei- Pasukan Johor Darul Ta'zim ll (JDT ll) berhasil mengutip mata penuh selepas menang tipis 3-2 ke atas Selangor FC II dalam aksi Liga Premier di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang malam tadi.

Selangor FC II mengejutkan tuan rumah apabila meledak gol pendahuluan menerusi sepakan percuma Nik Muhammad Sharif pada minit ke-29.

Memasuki babak kedua, Fernando Rodriguez berhasil menjaringkan gol penyamaan menerusi penalti pada minit ke-53.

Rodriguez sekali lagi menambah gol peribadinya pada minit ke 60, meletakkan tuan rumah mendahului 2-1.

(Pemain JDT II, Fernando Rodriguez Ortega (kiri) diasak pemain Selangor FC II Mohamad Ikhwan Mohd Hafizo (kanan)
pada Liga Premier Malaysia 2022 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang)

Selangor FC ll mengikat kembali kedudukan pada minit ke-76, menerusi Muhammad Khairi Suffian.

Gol kemenangan JDT ll dijaringkan Gabriel Nistelrooy Tamin pada masa tambahan, memastikan 3 mata berharga buat tuan rumah.

Media Baharu