fb fb fb fb fb

Kejayaan skuad badminton jadi inspirasi kepada kontinjen Malaysia - Ismail Sabri

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan 
badminton campuran negara yang berjaya meraih pingat emas/ Foto Ismail Sabri Yaakob)

KUALA LUMPUR, 3 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan badminton campuran negara yang meraih emas ketiga buat Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham selepas menewaskan India 3-1 dalam aksi final awal pagi tadi.

Perdana Menteri berharap kejayaan tersebut akan menjadi inspirasi kepada kontinjen Malaysia untuk terus memburu kegemilangan di temasya sukan tersebut dan meletakkan negara di landasan tepat untuk memburu sasaran enam pingat emas.

"Kontinjen Malaysia terus mempamerkan aksi cemerlang di temasya Sukan Komenwel 2022 dengan meraih pingat emas ketiga. 

"Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada skuad badminton yang berjaya mengharumkan nama negara di persada dunia," katanya menerusi catatan di Facebook rasmi beliau. 


(Pasukan badminton campuran negara meraih emas ketiga buat Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham
selepas menewaskan India 3-1 dalam aksi final/ Foto BAM)

Pasukan negara berjaya menebus semula kekalahan 1-3 ke atas India pada edisi Gold Coast 2018, selepas menewaskan juara bertahan itu 3-1, pada perlawanan akhir Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Dewan 5 Pusat Pameran Nasional.

Malaysia pernah meraih emas pada edisi Sukan Komannwel Melbourne 2006, New Delhi 2010 dan Glasgow 2014.

Kontinjen negara setakat ini meraih keseluruhan tiga pingat emas, dua perak dan tiga gangsa.

Media Baharu