fb fb fb fb fb

Kejayaan di E-Sukan Belia Antarabangsa, motivasi Dr Yew ke Sukan Asia

SEPANG, 1 Disember- Kejayaan meraih pingat emas di kejohanan E-Sukan Belia Antarabangsa di Kazan, Rusia menjadi motivasi terbaik buat pemain negara, Dr Yew Weng Kean dalam menggalas cabaran Malaysia di Sukan Asia Hangzhou tahun hadapan.

Pada kejohanan berkenaan, Dr Yew berjaya menewaskan pencabar-pencabar lain dalam acara Hearthstone.

Pemegang Phd kejuruteraan elektrik itu berkata peluang beraksi di kejohanan tersebut sangat penting memandangkan kebanyakan acara e-sukan tahun ini dibatalkan.

"Mungkin satu atau dua lagi untuk bersedia ke Sukan Asia akan datang, tapi prestasi saya untuk kejohanan ini amat baik dan saya berharap ini dapat diteruskan," katanya.

(Dr Yew Weng Kean)

Beliau ditemui di KLIA2 sejurus tiba dari Kazan dengan disambut kakitangan Universiti Heriot-Watt tempat beliau bertugas.

Ia merupakan kejohanan sulung buat dirinya pada tahun ini yang menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM30,000.

Media Baharu