fb fb fb fb fb

Frappart, Neuza dan Diaz, pasukan pengadil wanita pertama kendali perlawanan Piala Dunia

(Stephanie Frappart menjadi pegawai keempat untuk perlawanan Kumpulan C di antara Poland-Mexico
minggu lalu/ AFP) 

DOHA, 30 November - Stephanie Frappart, Neuza Back dan Karen Diaz akan menjadi pasukan pengadil wanita pertama untuk perlawanan Piala Dunia 2022 apabila mereka mengendalikan perlawanan Kumpulan E membabitkan Costa Rica menentang Jerman pada Khamis ini.

Frappart, pegawai keempat untuk perlawanan Kumpulan C di antara Poland-Mexico minggu lalu, akan menjadi pengadil utama dengan satu lagi pencapaian selepas menjadi wanita pertama yang mengendalikan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 pada Mac dan perlawanan Liga Juara-Juara pada tahun 2020.

 
(Stephanie Frappart dari Perancis akan menjadi pengadil utama pada perlawanan Kumpulan E
membabitkan Costa Rica menentang Jerman pada Khamis ini/ AFP)

Wanita Perancis berusia 38 tahun itu akan disertai oleh Neuza dari Brazil dan Diaz dari Mexico sebagai pembantu.

Salima Mukansanga dari Rwanda dan Yamashita Yoshimi dari Jepun turut mengambil bahagian pada kejohanan di Qatar tersebut. -REUTERS

Media Baharu