fb fb fb fb fb

Kehangatan Piala Malaysia kian terasa

Keputusan undian Piala Malaysia 2024-2025 /Foto FB MFL

KUALA LUMPUR, 12 November - Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dijangka tidak menghadapi kesukaran dalam misi mempertahankan Piala Malaysia.

Berdasarkan undian yang diadakan malam tadi, juara bertahan itu diletakkan berdepan pasukan Liga A1 Semi Pro, Kuala Lumpur Rovers FC, pada pusingan 16.

Naib Juara edisi lalu, Terengganu FC (TFC) juga diundi menentang pasukan Liga A1 Semi-Pro iaitu Melaka FC.

Manakala Sabah FC bakal menyahut cabaran sebuah lagi kelab Liga A1, PT Antlers FC.

Dalam pada itu aksi tumpuan adalah melibatkan pertembungan Kedah Darul Aman FC (KDAFC) berdepan Kuala Lumpur City FC.

Juara 33 kali Selangor FC pula akan bertemu juara empat kali Sri Pahang FC bagi merebut tempat ke pusingan suku akhir.

Manakala juara lapan kali Perak FC pula akan menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC).

Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) pula akan berentap dengan PDRM FC, manakala Penang FC melawan Kuching City FC dan Sabah FC diundi berhadapan satu lagi pasukan Liga A1 Semi Pro PT Athletic FC.

Pusingan 16 terbaik bakal diadakan secara timbal balik bermula 20 November ini.

Trainee