PARIS, 11 November- Pemain Barcelona, Robert Lewandowski dan Lamine Yamal direhatkan untuk aksi peringkat antarabangsa gara-gara kecederaan.
Menurut kenyataan kelab, Lewandowski cedera di bahagian belakang ketika pasukan itu tewas 0-1 kepada Real Sociedad, awal pagi tadi.
"Lewandowski mengalami masalah di bahagian pinggang belakang, dan akan direhatkan selama kira-kira 10 hari,” kata Barcelona yang kini mendahului carta La Liga.
Kecederaan itu menyebabkan pemain berusia 36 tahun itu terlepas perlawanan Liga Negara Eropah antara Poland dengan Portugal.
Bagaimanapun Lewandowski sepatutnya boleh kembali beraksi bersama Barcelona untuk menentang Celta Vigo pada 24 November.
Sementara itu, Yamal yang mengalami kecederaan buku lali kanan dijangka tidak dapat beraksi antara dua hingga tiga minggu.
Menyaksikan pemain berusia 17 tahun itu tidak dapat diturunkan ketika Sepanyol menentang Denmark dan Switzerland serta aksi Barca dengan Celta Vigo.
Lewandowski merupakan penjaring terbanyak La Liga selepas menjaringkan 17 gol dalam semua perlawanan, manakala Yamal memiliki enam gol dalam 15 aksi musim ini. -AFP