fb fb fb fb fb

Amir Danial raih emas Kejohanan Judo Terbuka Asia

Atlet judo negara, Amir Danial Abdul Majeed raih pingat emas di Hong Kong /Foto RTM

HONG KONG, 11 November - Atlet judo negara, Amir Danial Abdul Majeed berjaya meraih pingat emas dalam Kejohanan Judo Terbuka Asia di Hong Kong.

Atlet berusia 19 tahun itu menjuarai saingan bawah 81 kilogram.

Kemenangannya itu sekali gus mengubat kekecewaan pada edisi lalu apabila hanya sekadar meraih gangsa

"Saya rasa sangat bangga apabila Jalur Gemilang berkibar di stadium semalam dan gembira kerana dapat akhiri tahun ini dengan pingat emas. Seterusnya saya akan sertai Kejohanan Kebangsaan di Ipoh, Perak.

"Perancangan seterusnya pula adalah persiapan Sukan SEA Tahiland tahun depan dan kelayakan untuk Sukan Olimpik Los Angeles 2028," katanya ketika dihubungi.

Pemenang pingat gangsa sukan Komanwel 2022 itu menundukkan lawan dari Korea, Kim Sunwoo dengan satu Ippon.

Amir sebelum ini turut menyerlah apabila muncul pemenang pingat emas Sukan SEA 2023.

Trainee