fb fb fb fb fb

KDN FC terima tajaan RM600,000

residen Kelantan Darul Naim Football Club (KDN FC), Rozi Muhamad (kiri) bersama Pengarah Urusan PUC Sport, Mohd Syukry Pauzi pada majlis tandatangan perjanjian dan penyerahan tajaan di Pejabat Urusan KDN FC, di Stadium Sultan Muhammad ke IV (SSMIV) Kota Bharu / Foto FB KelantanDarulNaimFC

KOTA BHARU, 14 Mac - Pasukan Liga Malaysia (Liga-M), Kelantan Darul Naim (KDN FC) menerima tajaan bernilai RM 600,000 daripada syarikat jersi dan peralatan sukan milik anak jati negeri itu iaitu PUC Sport.

Presidennya Rozi Muhamad berkata penajaan itu melibatkan jersi dan peralatan untuk latihan pasukan itu sepanjang musim ini.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata, perjanjian dan suntikan dana itu akan menaikkan semangat pasukan.

Menurutnya, barisan pemain akan menampilkan aksi terbaik apabila menjalani latihan dan beraksi menentang pasukan lawan nanti.

Beliau berkata penajaan ini menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan kelab bagi menaikkan nama negeri dalam arena bola sepak negara.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD