fb fb fb fb fb

Anak jati Kelantan taja KDNFC bernilai RM600,000

Foto: FB Kelantan United Football Club

KOTA BHARU, 14 Mac- Pasukan Kelantan Darul Naim (KDNFC) menerima tajaan bernilai RM 600,000 daripada syarikat jersi dan peralatan sukan milik anak jati negeri itu iaitu PUC Sport bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Presidennya, Rozi Muhamad berkata penajaan tersebut merangkumi jersi dan peralatan untuk latihan pasukan itu sepanjang musim ini.

"Perjanjian ini akan menaikkan semangat barisan pemain untuk menampilkan aksi terbaik apabila menjalani latihan dan beraksi menentang pasukan lawan nanti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penajaan ini menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan kelab bagi menaikkan nama negeri ini dalam industri bola sepak Malaysia.

Semalam berlangsung majlis tandatangan perjanjian dan penyerahan penajaan oleh Pengarah Urusan PUC Sport, Mohd Shukry Pauzi di Bangunan Astaka, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI