fb fb fb fb fb

Arsenal tamatkan kemarau 14 tahun, mara ke suku akhir Liga Juara-Juara

Foto AFP

LONDON, 14 Mac- Arsenal berjaya menamatkan badi 14 tahun ke suku akhir dalam kempen Liga Juara-Juara.

The Gunners berjaya mengatasi Porto 4-2 menerusi penentuan penalti, selepas kedua-duanya terikat dengan agregat 1-1.

Arsenal kali terakhir melangkah ke suku akhir, adalah pada 2010.

Aksi di Stadium Emirates menyaksikan, penjaga gol, David Raya muncul sebagai watak utama apabila berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti yang gagal disempurnakan lawan, Wendell dan Galeno.

“Anda lihat dalam beberapa hari pertama di sini dan apa yang dia terpaksa lalui dan bagaimana dia melakukannya dengan sangat tenang."

"Anda melihat bahasa badannya dan kedudukan yang dia ambil. Dia begitu fokus dan itu kualiti penting untuk menjadi seorang penjaga gol yang hebat," puji pengendalinya, Mikel Arteta.

Pasukan tuan rumah pula berjaya menyumbat keempat-empat jaringan yang disempurnakan Martin Odegaard, Kai Havertz, Bukayo Saka dan Declan Rice.

Arteta cukup gembira dengan keputusan perlawanan tersebut memandangkan ia adalah impian sekian lama pasukan kelab itu untuk menembusi pusingan suku akhir liga.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM