fb fb fb fb fb

KDA FC nafi hantar surat tarik diri dari Liga Super

Kenyataan KDA FC

ALOR SETAR, 19 Disember- Kedah Darul Aman (KDA) FC menafikan dakwaan berkenaan pasukan itu menghantar surat mengenai hasrat untuk menarik diri daripada saingan Liga Super dan beralih ke saingan Liga Al Semi-Pro.

KDA FC dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak pengurusan kelab memohon agar pihak yang telah menyebarkan maklumat palsu tersebut supaya memohon maaf kerana ia telah menjatuhkan reputasi kelab.

"Semua pihak, termasuk media semasa atau pihak wartawan lebih sensitif dalam memberi kenyataan.

"...supaya tidak cenderung ke arah menyebarkan maklumat palsu dan mencipta persepsi tidak baik kepada kelab," menurut kenyataan itu.

 

BERITA BERKAITAN:

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI