fb fb fb fb fb

KDA FC nafi 'friendly' dengan kelab Brazil, Santos FC

Kenyataan KDA FC

ALOR SETAR, 3 Februari- Tiada persetujuan rasmi daripada Kedah Darul Aman (KDA) FC mengenai perlawanan persahabatan menentang kelab Santos FC yang dijadual berlangsung di Stadium Darul Aman, di sini, pada 17 Februari ini.

Bagaimanapun, KDA FC menghormati Santos FC yang meletakkan pasukannya dalam senarai perlawanan persahabatan kelab dari Brazil itu.

"KDA FC berharap penjelasan ini dapat mengelakkan berita yang tidak tepat, susulan pengumuman oleh Santos FC berkenaan perlawanan persahabatan tersebut," menurut kenyataan lewat petang tadi.

Kenyataan KDA FC itu dikeluarkan bagi menjelaskan kekeliruan mengenai perlawanan menentang Santos FC yang diwar-warkan oleh kelab tersebut dan tular di media tempatan.

Semakan menerusi Facebook rasmi Santos FC pula mendapati perlawanan menentang KDA FC sudah dikeluarkan daripada jadual perlawanan melibatkan pasukan terbabit sepanjang Februari ini.

0302 KDA FC NAFI SANTOS 2

Kenyataan Santos FC berkenaan perlawanan persahabatan pasukan itu dengan
KDA FC yang disiarkan di Facebook Santos FC baru-baru ini

SITI AISHAH BINTI MD ISA