fb fb fb fb fb

KBS perkenal 'Dana Esukan KBS', bernilai RM250,000

Foto FB KBS

KUALA LUMPUR, 16 November- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi E-Sports Integrated (ESI) memperkenalkan peruntukan khas 'Dana E-sukan KBS' berjumlah RM250,000.

Dana berkenaan bertujuan memberi galakan kepada penggiat industri e-sukan tempatan menganjurkan lebih banyak program, pertandingan dan acara serta merancakkan ekosistem e-sukan negara.

Menerusi kenyataan ESI memaklumkan
pertubuhan kecil, kelab, persatuan dan syarikat yang memerlukan bantuan dana bagi penganjuran program, pertandingan dan acara e-sukan dipelawa untuk memohon dana berkenaan.

Semua program yang dipohon berdasarkan skop permohonan perlulah dianjurkan sebelum 31 Januari 2024.

Mana-mana pihak yang berminat memohon dana boleh mengisi borang menerusi laman tertera sebelum 30 November ini.

ESI ialah inisiatif menerusi KBS bertujuan memangkin ekosistem sukan elektronik yang rancak, inklusif dan mampan di Malaysia.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM