fb fb fb fb fb

Napoli lantik semula Mazzari, gantikan Rudi Garcia

Foto Reuters

NAPLES, 16 November- Napoli mengumumkan pelantikan bekas pengurusnya, Walter Mazzarri sebagai jurulatih baharu kelab itu.

Beliau akan menggantikan Rudi Garcia susulan aksi hambar juara Itali itu, baru-baru ini.

Keputusan drastik Napoli itu susulan kelab tersebut kalah kepada Empoli yang menyaksikan juara musim lalu itu mengumpul 21 mata, 10 mata di belakang pendahulu semasa, Inter Milan.

Napoli kalah tiga daripada 12 perlawanan pertama liga.

Kekalahan paling perit ialah tewas di laman sendiri kepada Lazio dan Fiorentina.

Kini Napoli menghuni tangga keempat Serie A, dua mata di belakang pasukan tangga ketiga AC Milan dan lapan mata di belakang Juventus di tangga kedua.

Permulaan hambar musim ini mencapai kemuncaknya Ahad lalu apabila Napoli tewas 1-0 di gelanggang sendiri kepada Empoli ketika taktikal Garcia gagal membuahkan hasil menentang pasukan yang kini berada di tangga ke-17 liga.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM