fb fb fb fb fb

KBS, MSN fokus persiapan atlet para negara ke APG 2023, Para Asia di China



SEPANG, 8 Ogos - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) kini mengalihkan tumpuan kepada mempersiapkan atlet para kebangsaan bagi menghadapi dua kejohanan besar akan datang iaitu Sukan Para Asean APG ke-12 di Kemboja dan Sukan Para Asia di China pada tahun depan.

Ketua Setiausaha KBS, Datuk Jana Sathiran Muinayan berkata, KBS dan MSN akan melakukan analisis ke atas pencapaian atlet para negara yang baharu pulang daripada APG ke-11 di Solo Indonesia sebagai usaha memperbaiki kedudukan pingat.

"KBS bersama MSN dan Majlis Paralimpik Malaysia juga akan memberikan penumpuan lebih kepada latihan atlet kita, sebab tak sampai 10 bulan lagi mereka akan menghadapi APG di Kemboja.

"Jadi kita akan membuat persediaan yang rapi, kenal pasti kelemahan dan bagaimana kita boleh perbaiki kedudukan pingat bagi negara dalam tempoh 10 bulan ini," katanya kepada pemberita selepas menyambut kepulangan kontinjen negara dari Solo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini semalam.

(Kepulangan kontinjen negara dari Solo disambut meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam/FOTO Facebook KBSMalaysia)

Beliau turut memaklumkan KBS juga akan memberi tumpuan untuk menggilap bakat atlet para yang sudah berkecimpung dalam dunia sukan pada usia muda agar lebih banyak kejayaan dapat dicipta pada masa akan datang.

Selain itu, KBS tetap memberi tumpuan kepada atlet muda untuk meraih kejayaan pada masa hadapan.

Media Baharu