fb fb fb fb fb

KBS komited jadikan Menara Kuantan 188 hub sukan ekstrem negara

(Datuk Seri Ti Lian Ker bercakap pada sidang media selepas majlis pelancaran Kuantan 188
International Extreme Challenge dan Pesta Kuantan 188)

KUANTAN, 26 Ogos - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited menjadikan Menara Kuantan 188 di Pahang sebagai hub sukan ekstrem negara.

Kuantan 188 International Extreme Challenge (KIEC) antara sukan lasak pertama yang akan diadakan di menara itu sejak beroperasi hujung tahun lalu.

Menurut Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker, penganjuran itu menggalakkan lagi penganjuran aktiviti lasak yang dilihat semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda.

Menurut beliau, perkembangan sukan dan penganjuran aktiviti bertaraf antarabangsa ini juga turut memberi peluang pekerjaan kepada golongan belia.


(Datuk Seri Ti Lian Ker melancarkan Kuantan 188 International Extreme Challenge dan Pesta Kuantan 188)

"Di Kuantan ini satu-satu menara bangunan 188, dan inilah platform yang boleh kita gunakan, menggerakkan belia mengadakan banyak aktiviti penganjuran, tajaan, pengiklanan dan menggerakkan sukan-sukan, meletakkan lagi sukan industri sukan yang memang antara matlamat KBS supaya kita memantapkan lagi, mengharapkan industri sukan ini berkembang supaya boleh mewujudkan banyak lagi ruang untuk belia-belia mempunyai aktiviti riadah secara tersusun dan berdisiplin," kata beliau pada sidang media selepas majlis pelancaran Kuantan 188 International Extreme Challenge dan Pesta Kuantan 188, di sini hari ini.

Aktiviti Terjunan Base (Base Jump) turut diadakan pada malam ambang sambutan Hari Kebangsaan, dalam program berkenaan yang akan dianjurkan itu.

Sebanyak 65 terjunan bakal dilakukan oleh penerjun secara bergilir melibatkan 18 penerjun termasuk penerjun tertua di Malaysia iaitu Jamaluddin Ismail dan penerjun dari luar negara.

Dianggarkan seramai 30,000 pengunjung yang akan hadir pada program tersebut.

Media Baharu