fb fb fb fb fb

Noor Azman dilantik Setiausaha Agung baharu FAM

(Noor Azman Rahman)

KUALA LUMPUR, 27 Ogos- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan Noor Azman Rahman sebagai Setiausaha Agungnya yang baharu berkuat kuasa 1 September depan.

Pelantikan itu dibuat bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mohd Saifuddin Abu Bakar.

Dalam satu kenyataan, FAM memaklumkan Noor Azman memiliki pengalaman luas dalam bola sepak dan bertugas sebagai Koordinator Presiden sejak tahun 2018.

Beliau yang kini berusia 55 tahun, pernah dipilih sebagai Naib Presiden Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) pada 2012 sebelum dilantik Setiausaha Agung persatuan berkenaan pada 2015.

Beliau kemudian dilantik sekali lagi ke jawatan Naib Presiden MUSA bagi penggal 2020-2023.

Selain pengalaman luas bersama MUSA dan tugasannya selaku Koordinator Presiden FAM, Noor Azman juga pernah terlibat dengan beberapa jawatankuasa tetap badan utama bola sepak negara itu.

Antaranya Ahli Jawatankuasa Media, Ahli Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai serta Ahli Jawatankuasa Pertandingan.

Kerusi Setiausaha Agung FAM sebelum ini kosong selepas Mohd Saifuddin membuat keputusan untuk meletak jawatan pada 23 Ogos lalu.

Alasan beliau meletak jawatan adalah kerana mahu menumpukan kerjayanya ke peringkat antarabangsa.


(Mantan Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar)

Media Baharu