fb fb fb fb fb

Piala Dunia Wanita B-17 diteruskan selepas FIFA batalkan penggantungan India

NEW DELHI, 27 Ogos- Piala Dunia Wanita B-17 diteruskan selepas FIFA batalkan penggantungan India

Piala Dunia Wanita bawah 17 tahun akan berlangsung di India mulai 11 Oktober selepas badan induk dunia FIFA menarik balik penggantungan ke atas Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) pada Jumaat.

AIFF telah dibelenggu oleh isu tadbir urus, dan kemudiannya digantung pada 19 Ogos oleh FIFA kerana pengaruh tidak wajar daripada pihak ketiga selain ahli persatuan berkenaan juga mesti bebas daripada campur tangan undang-undang dan politik.

Pengharaman itu memberi kesan kepada seluruh dunia bola sepak di India, daripada pasukab lelaki dan wanita termasuk profesional hingga ke akar umbi turut terbabit membatalkan Piala Dunia Wanita bawah 17 tahun.

Namun pada Jumaat, Majlis FIFA memutuskan untuk menarik balik penggantungan itu selepas mandat sementara pentadbir terbukti berjaya.

AIFF kini telah diserahkan semula kawalan penuh hal ehwal harian sementara menunggu pilihan raya baharu, kata FIFA.

"FIFA akan terus memantau keadaan dan akan menyokong AIFF dalam mengatur pemilihannya tepat pada masanya," kata FIFA.

(FOTO REUTERS)

"Sehubungan itu, Piala Dunia Wanita B-17 FIFA 2022 yang dijadualkan berlangsung pada 11-30 Oktober 2022 akan diadakan di India seperti yang dirancang."

Masalah melanda AIFF berpunca ketika bekas ketua Praful Patel kekal memegang jawatan selepas tempohnya tanpa pemilihan baru.

FIFA memutuskan jawatan presidennya tidak sah dan melantik pentadbir untuk mengadakan pilihan raya baharu. -AFP



 

Media Baharu