fb fb fb fb fb

Inisiatif 'Pahang Pride Athlete': Hargai sumbangan atlet

KUANTAN, 26 Ogos- Kerajaan Negeri Pahang hari ini melancarkan inisiatif 'Pahang Pride Athlete' bagi menghargai para atlet yang telah berjuang untuk mengharumkan nama negeri dan negara.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, program ini merupakan kesinambungan inisiatif di bawah jenama Pahang Pride yang telah dilaksanakan di negeri ini, iaitu Pahang Pride Kids, Pahang Pride Kasih dan Pahang Pride Student.

“Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri memberi peruntukan sebanyak RM300,000 kepada 1,000 atlet, RM300 seorang. Ini adalah untuk memberi dorongan semangat kepada mereka supaya untuk lebih berdaya saing, lebih maju di masa-masa akan datang. Dalam masa yang sama juga kita ada buat akademik 'golf e-sport' di mana kerajaan negeri memberi galakan dan sokongan dan kita juga memberi sedikit sumbangan," katanya.


(Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail)

Jelasnya, malah matlamat utama adalah untuk menjadikan Pahang sebagai hub sukan atau pusat tumpuan kepada kemajuan sukan di Pantai Timur.

"Saya berharap dengan segala perancangan, peruntukan dan pelaksanaan pembangunan atlet ini, kita mampu melahirkan lebih ramai jaguh bertaraf dunia dalam semua bidang sukan," ujar beliau.

Wan Rosdy melancarkan Pahang Pride Athlete di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, semalam.

Pada program itu, beliau turut menyaksikan Majlis Menandatangani Sijil Kerjasama (COC) melibatkan Majlis Sukan Pahang dan Pusat Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Media Baharu