fb fb fb fb fb

Kejohanan Badminton Dunia: Beregu lelaki negara berjaya mara ke separuh akhir

TOKYO, 26 Ogos - Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mara ke separuh akhir selepas menewaskan pasangan dari Korea Selatan Seo Seung-jae, Choi Sol-gyu strait set 21-16, 21-16.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa bekerja keras sebaik perlawana bermula bagaimanapun berjaya mengatasi Seo Seung-jae, Choi Sol-gyu dengan pukulan rendah yang akhir memberikan kemenangan di set pertama 21-16.

Beregu lelaki yang meraih gangsa di Sukan Olimpik Tokyo 2020, meneruskan penguasaan di set kedua dengan rentak permainan sama yang membuatkan lawannya buntu untuk mencari mata kemenangan .

(Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik)

Akhir pasangan Korea itu terpaksa menyerah di set kedua dengan keputusan sama 21-16.

Media Baharu