fb fb fb fb fb

KBS gesa semua kerajaan negeri buat pelaburan, bangun bakat baharu

Hannah Yeoh

SUNGAI PETANI, 15 Jun- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa semua kerajaan negeri membuat pelaburan dalam pembangunan bakat baharu bagi melahirkan lebih ramai atlet sukan renang dan terjun pada masa hadapan.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang dalam lawatan kerja ke Kedah berkata, setakat ini hanya dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak yang dilihat banyak melabur dalam pembangunan sukan renang dan terjun.

"Memang ada banyak minat untuk anak-anak kecil belajar sukan terjun, tetapi apa yang kita perlu wujudkan sekarang adalah kesinambungan kerjasama antara majlis sukan negara peringkat persekutuan dan peringkat negeri untuk pastikan setiap negeri itu melabur untuk jurulatih.

"Apabila saya lihat senarai, ada beberapa negeri yang tiada program untuk sukan terjun. Jadi ini merupakan satu masalah apabila mereka ingin menyertai Sukan Malaysia (SUKMA).

"Apabila tiada jurulatih bermaksud tiada pelaburan untuk lahirkan atlet mewakili negeri. Sekiranya tidak cukup wakil dari enam negeri sekurang-kurangnya untuk SUKMA untuk kategori wanita, sukan berkenaan boleh digugurkan," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Program Akreditasi Renang dan Keselamatan Air 2024 ANJURAN di Kelab Sungai Petani, di sini.

Pada majlis itu beliau turut memgumumkan sumbangan RM30,000untuk Sungai Petani Aquatic Club bagi aktiviti pembangunan sukan renang.

Pada masa sama, beliau juga berharap agar ramai ahli parlimen yang mempunyai peruntukkan untuk turut memperbanyak program sukan di kawasan masing-masing.

Bagaimanapun sukan terjun antara sukan yang banyak memberi pingat kepada Malaysia dan ia dilihat akan memantapkan pembangunan sukan berkenaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI