fb fb fb fb fb

KBS fokus bantu perkasa atlet wanita selepas bersara

BUKIT JALIL, 8 Julai - Ekosistem sukan di Malaysia kurang memberi fokus untuk membantu memperkasakan atlet wanita melanjutkan kerjaya selepas bersara.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata sistem sokongan yang kurang mapan menyebabkan negara gagal melahirkan lebih ramai jurulatih wanita.

(Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh)

"Jadi peluang pekerjaan sebagai jurulatih itu walaupun ada tetapi kalau sokongan infrastruktur seperti penjagaan anak semua itu tidak wujud, kita tidak akan dapat melahirkan jurulatih wanita," katanya ketika ditemui pemberita pada Karnival Allianz Moveforward di Majlis Sukan Negara (MSN), di sini.

Tambah Hannah, satu sesi dialog awam bersama atlet wanita akan diadakan dalam masa terdekat bagi mendapatkan pandangan berkaitan cabaran dan halangan golongan berkenaan meneruskan kerjaya dalam bidang sukan masing-masing.

Dalam pada itu, Hannah turut menafikan kekurangan peruntukan bukan punca utama kontinjen Malaysia mencatatkan pencapaian terburuk pada temasya Sukan SEA, Kemboja yang melabuhkan tirainya 17 Mei lepas.

Beliau berkata, MSN telah mengumpul segala input cabaran yang dihadapi atlet daripada persatuan sukan yang dibangkitkan pada sesi mesyuarat pascanilai yang diadakan pada Jumaat dan Sabtu lepas.

“Kekurangan peruntukan bukan faktor utama, ada pelbagai faktor, mereka MSN telah kumpul, kita akan lihat satu persatu. Kita juga ingin pastikan sekiranya ada cabaran yang boleh diatasi dalam jangka masa terdekat sebelum Sukan Asia, kita akan atasi,” katanya

Media Baharu