LONDON, 8 Julai- Bekas kapten Chelsea, John Terry mengumumkan akan kembali ke akademi kelab Liga Perdana itu selepas berkhidmat dengan Leicester City.
Terry, 42 tahun sebelum itu dilantik sebagai penolong pengurus bagi membantu ketua jurulatih The Foxes, Dean Smith pada April tahun ini.
Kontrak Terry di Leicester tidak diperbaharui berikutan penyingkiran pasukan itu daripada liga utama Inggeris.
"Saya gembira dapat kembali ke rumah bekerja di akademi dan meneruskan peranan saya di kelab," kata Terry di Instagram.
Terry memulakan karier kejurulatihannya pada 2018 sebagai penolong pengurus di Aston Villa.
Bekas pertahanan dan juara Liga Perdana lima kali itu memenangi setiap trofi utama sepanjang 19 tahun berkhidmat di Stamford Bridge, menjadikannya kapten Chelsea yang paling berjaya.- REUTERS
(FOTO REUTERS)