fb fb fb fb fb

Kejohahan Olahraga AS: Charleston, Richardson juara 100m

(Sha'Carri Richardson / AFP)

EUGENE, 8 Julai- Cravont Charleston melepasi juara dunia 2019 Christian Coleman untuk memenangi acara 100m pada Kejohanan Olahraga AS pada Jumaat sementara Sha'Carri Richardson memenangi acara 100m wanita untuk menempah tiket ke Kejohanan Dunia.

Charleston yang berusia 25 tahun, yang tidak pernah mara ke final 100m di kejohanan AS sebelum ini, mencatat masa 9.95 saat untuk mengatasi Coleman dengan penyandang juara dunia 200m Noah Lyles ketiga.

Ketiga-tiga mereka akan menyertai penyandang juara dunia Fred Kerley dalam acara itu di Kejohanan Dunia di Budapest pada bulan Ogos.

Dalam pada itu, harapan Marvin Bracy-Williams untuk memperbaiki catatan pingat perak di kejohanan dunia musnah apabila dia cedera pada saringan dan gagal mara manakala pemenang pingat gangsa Trayvon Bromell, berlumba dalam keadaan yang sangat sukar kerana kecederaan, hanya menduduki tempat keenam dalam perlawanan akhir.

Selepas perlumbaan, Bromell berkata dia akan menjalani pembedahan tidak lama lagi.

Dalam acara wanita, Richardson menempah tiket ke kejohanan dunia buat kali pertama dengan kemenangan 100m yang penuh emosi selepas melakar 10.82 saat.

Brittany Brown menduduki tempat kedua dalam masa 10.90 saat manakala Tamari Davis di tempat ketiga dengan 10.99 saat.

"Saya sudah bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi, dan saya di sini untuk kekal," kata Richardson kepada penyiar NBC selepas dia naik ke tempat duduk untuk memeluk beberapa orang.

Kemenangan itu adalah petanda baik untuk Richardson, yang sebelum ini terkenal selepas dihalang daripada menyertai Olimpik Tokyo kerana diuji positif ganja.

Dia kemudian melihat harapannya untuk bersaing untuk pingat pada Kejohanan Dunia tahun lalu lenyap apabila dia tersingkir daripada sesi ujian AS.-AFP


(Cravont Charleston / AFP)

Media Baharu