fb fb fb fb fb

Aura debut Viktor Wembanyama

(Penampilan sulung Viktor Wembanyama bersama San Antonio Spurs / AFP)

LAS VEGAS, 8 Julai- Pemain pilihan draf utama NBA Victor Wembanyama membuat penampilan sulungnya dengan San Antonio Spurs pada Jumaat, dalam aksi Liga Musim Panas NBA menentang Charlotte.

Seramai 17,500 penonton memenuhi Arena Thomas & Mack untuk menyaksikan sendiri ketangkasan pemain berketinggian 7 kaki 4 (2.24m), yang dianggap prospek terbaik NBA sejak LeBron James membuat debut dua dekad lalu.

Sudah menjadi bintang dalam liga Perancis, Wembanyama terdahulu diangkat sebagai pilihan utama apabila Spurs memenangi Loteri Draf NBA pada Mei sekali gus mendapat perhatian global.

Liga Musim Panas, yang menampilkan bakat muda yang mencari tempat dalam senarai NBA, menawarkan Wembanyama perlawanan pertamanya dalam jersi Spurs, tetapi akan menemphi lebih banyak pertandingan akan datang, termasuk perlawanan pramusim dan perlawanan musim tetap San Antonio 2023-24 mulai Oktober.

Beberapa jam sebelum perlawanan itu, polis Las Vegas berkata tiada pertuduhan akan difailkan daripada insiden di mana pengawal yang melindungi Wembanyama terlibat dalam insiden dengan Britney Spears.

Laporan media mengatakan Spears telah ditolak oleh pengawal Wembanyama, dan penyanyi itu menyiarkan di Instagram bahawa seorang pengawal keselamatan telah memukulnya di muka, hampir menjatuhkanya dan menyebabkan cermin matanya jatuh dari muka.

Suami Spears, Sam Asghari berkata, kejadian itu "ganas" dan "di luar kawalan," menyiarkan di media sosial bahawa isterinya telah "dipukul di muka."

Tetapi Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas berkata pada hari Jumaat bahawa pegawai telah membuat kesimpulan "penyiasatan mereka terhadap serangan yang didakwa."

“Tiada pertuduhan akan difailkan terhadap orang terbabit,” kata polis dalam satu kenyataan.

Wembanyama, bagaimanapun memberitahu pemberita dia hanya mengetahui mengenai insiden itu beberapa jam kemudian.

“Saya tidak tahu terdapat kekerasan berlaku, pihak keselamatan menolaknya dan saya tidak berhenti untuk melihat jadi saya terus berjalan dan menikmati makan malam,” kata pemain Perancis itu.

Spears berkata dia hanya ingin memberi salam dan mengucapkan tahniah kepada pemain itu.-AFP


(Penampilan sulung Viktor Wembanyama bersama San Antonio Spurs / AFP)

Media Baharu