JEDDAH, 30 November - Karim Benzema mencetak hatrik untuk membawa Al Ittihad menewaskan Al Shabab 4-1 dalam aksi suku akhir Piala Raja di Jeddah pada Sabtu (29 November).
Tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi tandukan Abderrazak Hamdallah, sebelum Mahamadou Doumbia menyumbang gol dengan rembatan deras dari luar kotak penalti.
Benzema kemudian menambah gol dari sudut sempit untuk membawa Al Ittihad mendahului 2-1 menjelang tamat separuh masa pertama.
Pada babak kedua, Benzema sekali lagi meledak pada minit ke-84 dan ke-86 bagi menutup kemenangan selaku juara bertahan, memastikan pasukannya mara ke separuh akhir.- REUTERS